Panduan Duit Segera : Jana Pendapatan Dengan Website

Topik hari ini adalah berkaitan dengan Part Time Job yang sangat menguntungkan. Saya ada menulis ebook berkaitan pengalaman saya menjana pendapatan melalui website. Satu topik yang rasanya belum ramai lagi memperkatakannya.

Kenapa? Sebab ia adalah satu kerjaya golongan profesional. Dengan adanya perkembangan internet yang meluas menjadikan ia satu kerjaya eksklusif yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Jika dahulu belajar basic membuat website sahaja anda perlu bayaran yang sangat tinggi. Jika di kolej separa kerajaan sekurang-kurangnya RM12,000 sehingga mendapat diplomanya.

Dengan adanya perkembangan yang pesat di dalam teknologi internet tanpa sempadan pelbagai ilmu telah dikongsikan dari seluruh dunia. Maka dari situ, peluang untuk anda menjadikan kerjaya eksklusif ini sebagai kerjaya anda perlu terbuka sangat luas. Anda kena faham kerjaya ini menjanjikan pendapatan antara ratusan sehingga puluhan ribu bagi satu projek website sahaja bergantung kepada spek-spek yang dikehendaki. Jadi ia adalah satu kerjaya yang sangat lumayan.

Jadi apabila saya ceburi bidang ini pada peringkat awalnya memang agak susah sedikit sebab kita bukan kalangan pelajar IT dari Pengajian Tinggi Awam. Hanya mempunyai minat berkaitan IT dan design. Maka dari Zero saya telah berjaya mendapat projek bernilai 5 angka untuk satu projek website sahaja ! Memang sangat mengujakan.

Jadi setelah terlibat di dalam kerjaya ini hampir 20 tahun, saya telah terjumpa satu kaedah membina website yang mudah dan ramai orang mampu melakukannya. Malahan dengan teknik yang sama kita boleh menjana pendapatan pula apabila orang melihat website yang kita bina menguja mereka. Sebab mereka mengenali kita. Bagaimana boleh belajar membuat website yang canggih di dalam masa yang saingkat!  Akhirnya mereka akan menempah sebuah website dari kita. Standard yang anda akan pelajari  ialah nilai website antara RM500-RM1000 (peringkat awal baru ceburi ) bergantung kepada berapa cepat anda mengikuti langkah-langkah yang kami ajar melalui tutorial video Bahasa Malaysia yang mudah dan sokongan khidmat nasihat.

Jadi peluang untuk anda menjadikan ia satu kerjaya masa depan adalah sangat gemilang. Ya bukan cemerlang tapi gemilang sebab standardnya memang mengikut era teknologi semasa. Kebiasaannya apa yang kita pelajari menggunakan software seperti cms dan pelbagai lagi teknologi membina website tidak kira ecommerce, website seperti joomla ataupun wordpress. Kelemahannya ialah setiap beberapa bulan pasti versionnya bertukar. Jika kita tidak mengupgradekan version tersebut selewat 2 tahun, website kita akan diserang virus, hackers dan pelbagai masalah lain. Jika programmer yang membuat version bagi software ini sudah tidak aktif lagi maka berkuburlah apa yang anda kuasai tersebut. Belajar balik dengan yang baru balik.

Berita Baik untuk anda tidak perlu lagi melalui ini semua. Saya perkatakan ini sebab ini antara masalah yang saya hadapi. Kadang kala software tersebut saya sudah membeli dan menggunakannya untuk perniagaan saya. Apabila version dia telah tamat, tiada update lagi, maka hanguslah modal kita tadi bersama masa pembelajaran dan duit yang kita keluar. Ini meletihkan dan menganggu perniagaan kita sebab ia akan mulai tidak boleh dibuka dan sebagainya.

Dapatkan ebook percuma ini,  pengalaman dan peluang kerjaya dengan website, satu kerjaya lumayan yang MAMPU anda buat dengan kaedah ini dan menjana pendapatan LUMAYAN walaupun secara SAMBILAN.

Di dalam buku ini ada 2 kaedah didedahkan. Satu kaedah anda menceburi sendiri kerjaya ini. Satu lagi dengan mempromosi produk yang ada di dalam Ampower Malaysia untuk anda menjana pendapatan sebagai affiliate. Lumayan juga sebab anda memasarkan produk berasaskan website yang boleh mencecah tempahan sehingga 5 angka keatas. Bayangkan komisyen yang bakal anda perolehi. Dapatkan link ebook percuma disini. Layari: https://ampower2u.com/reportpercuma.html

Selamat Membaca