BAGAIMANA SETTING SUPAYA WEBSITE WUJUD DI GOOGLE ?

Seperti dijanjikan, pada kali ini saya akan menunjukkan cara untuk setting supaya website anda benar-benar wujud di dalam Enjin Carian Google atau SEO. Jika tidak maka hakikatnya anda tidak memiliki sebuah website sebab website tersebut tidak boleh memberikan anda apa-apa fungsi sebab jika pelawat cari di Enjin Carian Google tidak bertemu apa-apa. Sebab tujuan sebuah website dibuat supaya orang boleh mendapat maklumat berkaitan perniagaan secara PERCUMA dan tanpa perlu anda berbuat apa-apa. Jimat masa, kos percetakan flyers dan pengiklanan berbayar.

Untuk Bab ini saya akan lebih kepada membuat setting berasaskan WORDPRESS sebabkan hampir kebanyakan pembuat website ketika ini menggunakan platform ini untuk membuat website dan cara untuk settingnya lebih mudah dan sesuai untuk sesiapa pun.

Walaupun ia agak mudah namun kebanyakan usahawan yang mempunyai website tidak menitikberatkan perkara ini. Mereka beranggapan perkara ini tidak penting, sedangkan tanpanya website anda TIADA NYAWA.

Apa yang anda perlu lakukan ialah:

LANGKAH 1
=========
Taip link akaun login website wordpress anda

LANGKAH 2
=========
Setelah masuk lihat menu disebelah kiri, dan cari perkataan SETTING. Klik perkataan tersebut. Kemudian klik GENERAL. Rujuk RAJAH 1. Gambar yang dilampirkan bersama post ini.

LANGKAH 3
=========
Sila masukkan Nama perniagaan anda pada TITLE. Masukkan penerangan ringkas PERNIAGAAN ANDA dibahagian TAGLINE

LANGKAH 4
=========
Pastikan 2 ruangan ini dimasukkan maklumatnya bagi memastikan Enjin Carian Google akan mula memproses data anda untuk dimasukkan di dalam SISTEM GOOGLE seterusnya akan muncul apabila ada yang mencari perniagaan yang berkaitan dengan apa-apa kategori yang diinginkan. Jika kategori tersebut adalah perniagaan anda maka dengan sendiri ia akan keluar. Cuma adakala di halaman terakhir, kadang halaman ke 10, jika betul setting tambahannya ia boleh pergi RANKING HALAMAN 1 dari puluhan ribu website kadang jutaan website! Apa yang penting website anda telah WUJUD di dalam INTERNET itu yang penting.

Jika betul cara setting dan keyword yang anda gunakan maka website anda bukan sekadar WUJUD malahan dengan hanya menaip perkataan tertentu, ENJIN CARIAN GOOGLE akan menonjolkan website anda. Semakin anda mahir kaedah setting yang seterusnya maka semakin tinggi rankingnya di dalam Enjin Carian Google. Saya akan mendedahkan kepada anda didalam bab akan datang.

Ada beberapa perkara lagi yang anda perlu settingkan di dalam website ini bagi memastikan SISTEM GOOGLE akan mengindeks website anda di dalam sistem mereka. Bab akan datang saya akan tunjukkn cara untuk setting tambahan untuk WEBSITE WORDPRESS untuk MENAIKKAN RANKING WEBSITE anda bukan sekadar WUJUD sahaja. Ada beberapa langkah perlu dilakukan tapi saya akan mendedahkan satu daripadanya yang SANGAT PENTING juga.

Bagaimana Memastikan Website Anda Wujud Di Enjin Carian Google?

Seperti dijanjikan saya akan menunjukkan cara bagaimana anda boleh mengetahui samada website anda wujud atau tidak di Enjin Carian Google atau SEO. Sebenarnya semua ini adalah ASAS terutama bagi anda yang baru memiliki website. ILMU ini sangat penting supayaa anda tidak tertipu dengan mereka yang membuat website tetapi tidak setting SEO. Lebih malang jika yang membuat website tidak tahu bagaimana untuk setting SEO maka rugilah anda mendapat sebuah website yang tiada di dalam Enjin Carian Google.

Jika Enjin Carian Google pun tiada apatah lagi enjin carian lain seperti Yahoo lagilah susah untuk dicari. Jadi dari situ anda boleh menilai samada website anda sudah disetting dengan SEO atau tidak. Jika website baru beri masa seminggu sebelum anda uji kewujudan website anda.

Caranya anda cuma perlu taipkan DOMAIN NAME website anda di Enjin Carian Google secara penuh termasuk jika ada com, net dll. Klik butang SEARCH. Jika tidak ada apa-apa maklumat bermakna website anda tidak wujud dalam ENJIN CARIAN GOOGLE. Jika banyak yang diindex maka bermakna website anda banyak terdapat di dalam sistem Enjin Carian Google.

Harap ia memberi manafaat untuk anda. Selepas ini saya akan memberi tip cara SETTING yang ASAS supaya memastikan website anda berada di dalam ENJIN CARIAN GOOGLE. Terdapat 2 jenis website secara ASASnya untuk anda tahu teknik SETTINGNYA NANTI.

Perlukah Website Mesra Enjin Carian Google ?

Diantara perkara yang sangat penting didalam membina website yang baik ialah mesti MESRA ENJIN CARIAN GOOGLE atau SEO. Ia penentu HIDUP atau MATInya sesebuah website. Kenapa saya katakan begitu sebab bagaimana canggih dan cantiknya website anda jika tidak Mesra Carian Google bererti tiada maknanya website itu jika dionlinekan!

Apa maksud Mesra Enjin Carian Google? Website tersebut mestilah berada di dalam sistem data Enjin Carian Google untuk memastikan apabila ada orang yang membuat carian maka website anda akan keluar. Jika tidak keluar maka MALANGLAH website tersebut kerana hakikatnya tiada orang yang tahu akan kewujudannya.Saya pernah bertemu dengan seorang usahawan yang mempunyai sebuah website canggih. Malangnya bila dibuat carian di Google, nama website tersebut tidak keluar. Ia mengejutkan saya sebab website tersebut memang canggih tapi tiada di dalam Google Carian. Jadi sia-sia membuat website jika tiada orang mengetahui akan kewujudannya.

Sebenarnya ada satu teknik yang boleh digunakan untuk memastikan website anda wujud di dalam sistem carian Google. Teknik ASAS ini wajib ada di dalam sebuah website. Dalam topik berikutnya nanti saya akan ajarkan teknik ini terutama mereka yang berminat untuk membuat website dan masih baru didalam bidang ini. Saya juga alami perkara yang sama sewaktu mula menceburi bidang ini.

Carian Google adalah asas penting utuk memastikan wujudnya website kita di dalam masyarakat. Jika tidak walaupun cantik dan canggih macamana pun website anda, hakikatnya ia tidak berfungsi apa-apa. Anda terpaksa sentiasa mengiklankan sendiri nama website anda kepada umum berbanding jika anda mempunyai website yang MESRA ENJIN CARIAN GOOGLE, ia akan mempromosikan website anda 24 jam sehari PERCUMA!

Nanti saya akan ajar cara untuk mengetahui samada website anda WUJUD atau tidak di dalam ENJIN CARIAN GOOGLE.
Sumber: https://blognizam.com

Penyelesaian Untuk Masalah Kewangan Ketika Musim Covid 19

 

Masalah semasa yang berlarutan menjadikan ramai orang yang tidak mempunyai simpanan yang cukup, menjadikan tekanan yang sangat teruk kepada mereka. Jika dahulu masalah tidak mempunyai pekerjaan, tapi kini yang menjadi masalah bukan sahaja tidak mempunyai pekerjaan malahan yang mempunyai perniagaan yang stabil juga tergugat juga. Bayangkan jika setiap hari jika kedai dibuka boleh menjana pendapatan yang mewah, kini diatas masalah semasa, covid 19 telah menyebabkan kita tidak boleh berniaga seperti biasa. Perniagaan dan syarikat yang beroperasi dengan mempunyai keuntungan yang stabil juga menghadapi masalah. Bukan kerana perniagaan rugi tetapi perniagaan tidak boleh beroperasi seperti biasa. Ini satu perkara yang sangat menyakitkan.

Baik anda usahawan yang hebat atau yang gagal, di musim ni semuanya sama. Perbezaannya jika anda ada menyimpan wang, tidak mempunyai hutang yang banyak dan kos operasi yang kecil. Jika anda biasa hidup mewah tanpa simpanan ketika ini, ia menjadi satu mimpi ngeri. Kalau biasa susah kini sudah menjadi bertambah payah. Jika tidak susah sangat tetapi tetap perlu mengikat perut atau mengekang perbelanjaan mewah seperti dahulu.

Apakah Jalan Penyelesaiannya?

Sudah tiba masanya perniagaan yang ada mempunyai nilai konsep yang minimum kos, minimum penyewaan, minimum pekerja dan banyak lagi perkara yang perlu diminimumkan terutama perniagaan bermodal kecil. Persoalannya bagaimana caranya? Jawapannya ialah PERNIAGAAN ONLINE. Hanya ini sahaja yang boleh membantu anda di dalam keadaan sekarang. Tidak kira apa bidang dan kemahiran anda, jika anda mempunyai perniagaan yang memasarkannya berasaskan online, anda boleh survive di dalam keadaan bagaimana pun.

Kenapa Perniagaan Online?

Perniagaan online boleh diserapkan kepada semua jenis perniagaan tidak kira kontraktor, agen insuran, petani dan siapa sahaja anda, perniagaan online adalah medium terbaik untuk mengekal dan meningkatkan status perniagaan anda. Sebab pasaran terbesar masakini ialah berbentuk online.

Apa Yang Dperlukan?

Perniagaan berasaskan online tidak memerlukan banyak kos. Apa yang anda pasaran, apa yang anda buat, apa yang anda mahir kini anda boleh pasarkan walaupun di dalam keadaan Covie 19. Apa yang diperlukan ialah  line internet, laptop dan kemahiran untuk membuat website untuk mula memperkenalkan perniagaan anda samada untuk pasaran tempatan mahupun peringkat negara dan antarabangsa! Sangat minimum kos yang diperlukan.

Apa Yang Nak Jual DiPasaran?

Bagi mereka yang ada perniagaan hanya perlu membina website untuk mula menggunakannya sebagai medium perniagaan anda. bagi yang tiada perniagaan tetapi mempunyai kemahiran, anda boleh memasarkan kemahiran anda. Contoh Chef atau mempunyai kemahiran memasak, anda boleh memasak makanan sejuk beku untuk dipasarkan. Jika banyak mengajar boleh membuat kelas online.  Perniagan sepeti perabot, nursey dan sebagainya boelh dipasarkan secara online. Jadi tidak timbul perniagaan anda terhad pasarannya. Medium yang sangat besar dari pengguna smartphone yang berjuta ramainya menantikan anda.

Perlu Kemahiran Membuat Website?

Ya memang perlu ada kemahiran membuat website.  Cuma cabarannya bagaimana untuk membuatnya? Jika mengupah orang harganya sangat mahal. Bagi syarikat yang besar mungkin tiada masalah. Bagi syarikat kecil bolehlah mengupah pekerja yang ada untuk belajar membuat website ini. Kami menyediakan anda satu peluang untuk belajar membuat website dengan cara yang paling mudah, murah dan praktikal. Boleh digunakan selamanya. Jika teknologi semakin maju, anda juga dapat mengikutinya dengan kaedah ini. Kita tidak bergantung kepada software & kemahiran tetapi kami membantu anda cara yang betul membuat website. Kelebihannya ialah bahan-bahan yang kami sediakan menjadikan kerja anda semakin mudah. Dengan pengalaman melebihi 12 tahun banyak membantu kami memahami masalah berkaitan website ini.

Jika anda mendapatkan produk kami ini, kami akan memastikan anda betul-betul mampu membuat website dengan mudah dan cepat. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Dan kami sertakan pakej tambahan untuk memastikan sistem pasaran anda betul-betul berjaya dengan menggunakan medium Facebook, Youtube dan Instagram. Medium yang percuma, jika perlu kos pun minimum kosnya tetapi boleh memberikan anda pasaran yang sangat luas.

Dapatkan sekarang dengan harga tawaran yang istimewa & kami pastikan anda berjaya bukan sekadar membuat website tetapi memasarkan perniagaan anda juga!

Klik Disini: Link Tawaran Diskaun.

Beribu Orang Guna Bank & Stesen Minyak Setiap Hari. Amalkan Pakai ‘Glove’ Untuk Pencegahan Covid-19

Banyak yang kita masih tidak tahu berkenaan dengan virus korona baharu (COVID-19) YANG KINI MENJANGKITI HAMPIR 200,000 INDIVIDU DI SELURUH DUNIA
Apa yang paling menakutkan adalah beberapa negara sudah mengistiharkan pelbagai jenis langkah pencegahan drastik. ia bagi memulihkan keadaan semasa dan memastikan kadar jangkitan tersebut turun.

Jadi tak salah rasanya kita amalkan langkah pencegahan agar virus convid 19 terhapus.
Seorang pengguna Facebook, Syafiq Shukri berkongsi bagaiman dia mencegah jangkitan koronvirus dengan memakai sarung tangan jika terpaksa melakukan urusan luar seperti mengambil duit dibank, mengisi minyak dan sebagainya kerana covid 19 mudah dijangkiti hanya melalui sentuhan.

“PREVENTION IS BETTER THAN CURE”

Beribu orang akan menggunakan Bank & Stesen Minyak setiap hari. Amalkan hand sanitizer sebelum & selepas pakai glove.

p/s:Corona Virus hanya merebak melalui sentuhan.

Abg skang mmg ON mood ‘Paranoid’ sebab hakak korgtgh mengandung 8 bulan ni..

Doakan kami semua selamat ya. Take care gais!!

Note: Ramai tanya kenapa pegang duit guna tangan kosong??

Sebab aku dah pegang pintu bank, keyboard atm & screen atm guna tangan glove..

jadi selepas selesai semua boleh cuci dan sanitized Tangan serta Duit ya.

Sumber: Syafiq Shukri

*Kredit Majalah Online Pa&Ma