Panduan Setting Keyword Supaya Wujud Di Google Search Engine

Pada bab kali ini saya akan detailkan dari bab lepas yaitu cara memastikan website anda wujud di dalam Google Carian. Sebelum ini saya memperkatakannya secara umum. Untuk memahamkan anda lagi maka di sini saya cuba kupas lebih lanjut berkaitan bab ini.

Jika anda melihat rajah diatas saya ada letakkan perkataan KEYWORDS ANDA. Jika di dalam wordpress ia adalah TAGLINE kepada keywords anda. Kebiasaaannya kebanyakan pengguna yang ingin membina keywords saya akan bertanya kepadanya apakah HOT ITEM dia. Dari situ barulah kita cipta KEYWORDS untuk websitenya.  Masukkan hot item keywords tadi ke Tagline bagi wordpress tadi. Untuk faham saya ada tunjukkan di dalam bab sebelum ini. Klik di sini.

Contoh di dalam rajah di atas, Perniagaan Fazlan memberi khidmat utamanya yaitu sewaan Roro dan Skylift di Melaka. Jadi kita akan letakkan tagline dia di dalam ayat tersebut. Ia juga boleh digunakan untuk Title bagi Youtube, Facebook dll. Gunakan tagline ini sebagai Keywords untuk menaikkan ranking anda di dalam Google Carian.  Jadi apabila pelawat mencari di Google syarikat yang memberi khidmat sewaan Roro di Melaka maka syarikat anda akan berada di ranking teratas dari syarikat lain.

Nota: Keywords yang banyak persaingan contoh Jutawan, Duit, Insuran dll perlu tambahan backup system untuk berlawan ranking di Google Carian. Nanti saya akan sambung di dalam bab berikutnya.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat. Terima kasih.

Selamat Tahun Baru Dengan Azam & Strategi Baru

Memulakan cabaran tahun baru dengan strategi yang lebih agresif untuk hadapi pelbagai cabaran global yang melibatkan tahap kemampuan masyarakat dan desakan kehidupan yang makin meningkat sara hidupnya.

Sebenarnya melalui platform digital ini pelbagai peluang telah terbentang luas tidak kira di mana tahap anda berada, founder, marketer mahupun yang tidak mempunyai apa-apa kemahiran. Apa yang perlu gunakan kuasa HP ditangan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sesuai dengan zaman yang semakin pantas bergerak kehadapan. Seperti teknologi AI yang boleh dkuasai bagi yang rajin dan ingin merubah kehidupan.

Kami juga sedang cuba menguasai teknologi AI ini supaya kita tidak ketinggalan di dalam industri IT ini. AI kini sudah menjadi sebahagian dari kemahiran yang boleh membantu kita diera ini. Semoga kita semua akan sukses dengan azam baru ini..Aminn

Ampower Malaysia Kini Telah 15 Tahun di Pasaran

Bermula dari tahun 2008, dengan jenama Ampower2u kemudian ditambah dengan jenama tambahan diatas nama Ampower Malaysia kini telah berada di pasaran selama 15 tahun. Semuanya atas sokongan dan keyakinan anda kepada kami. Walaupun ada kelemahan dan kekurangan di dalam kami berurusan dengan anda, namun anda tetap menyokong kami. Itu adalah hadiah terbesar anda kepada kami.

Dari masa ke semasa kami terus meningkatkan service dengan sentiasa membuat R & D dan post mortem setiap kerja dan khidmat yang kami berikan supaya memberikan kepuasan yang terbaik untuk anda. Semoga anda akan terus bersama untuk kami bantu meningkatkan pemasaran perniagaan anda melalui ONLINE.

Terima kasih.

BAGAIMANA SETTING SUPAYA WEBSITE WUJUD DI GOOGLE ?

Seperti dijanjikan, pada kali ini saya akan menunjukkan cara untuk setting supaya website anda benar-benar wujud di dalam Enjin Carian Google atau SEO. Jika tidak maka hakikatnya anda tidak memiliki sebuah website sebab website tersebut tidak boleh memberikan anda apa-apa fungsi sebab jika pelawat cari di Enjin Carian Google tidak bertemu apa-apa. Sebab tujuan sebuah website dibuat supaya orang boleh mendapat maklumat berkaitan perniagaan secara PERCUMA dan tanpa perlu anda berbuat apa-apa. Jimat masa, kos percetakan flyers dan pengiklanan berbayar.

Untuk Bab ini saya akan lebih kepada membuat setting berasaskan WORDPRESS sebabkan hampir kebanyakan pembuat website ketika ini menggunakan platform ini untuk membuat website dan cara untuk settingnya lebih mudah dan sesuai untuk sesiapa pun.

Walaupun ia agak mudah namun kebanyakan usahawan yang mempunyai website tidak menitikberatkan perkara ini. Mereka beranggapan perkara ini tidak penting, sedangkan tanpanya website anda TIADA NYAWA.

Apa yang anda perlu lakukan ialah:

LANGKAH 1
=========
Taip link akaun login website wordpress anda

LANGKAH 2
=========
Setelah masuk lihat menu disebelah kiri, dan cari perkataan SETTING. Klik perkataan tersebut. Kemudian klik GENERAL. Rujuk RAJAH 1. Gambar yang dilampirkan bersama post ini.

LANGKAH 3
=========
Sila masukkan Nama perniagaan anda pada TITLE. Masukkan penerangan ringkas PERNIAGAAN ANDA dibahagian TAGLINE

LANGKAH 4
=========
Pastikan 2 ruangan ini dimasukkan maklumatnya bagi memastikan Enjin Carian Google akan mula memproses data anda untuk dimasukkan di dalam SISTEM GOOGLE seterusnya akan muncul apabila ada yang mencari perniagaan yang berkaitan dengan apa-apa kategori yang diinginkan. Jika kategori tersebut adalah perniagaan anda maka dengan sendiri ia akan keluar. Cuma adakala di halaman terakhir, kadang halaman ke 10, jika betul setting tambahannya ia boleh pergi RANKING HALAMAN 1 dari puluhan ribu website kadang jutaan website! Apa yang penting website anda telah WUJUD di dalam INTERNET itu yang penting.

Jika betul cara setting dan keyword yang anda gunakan maka website anda bukan sekadar WUJUD malahan dengan hanya menaip perkataan tertentu, ENJIN CARIAN GOOGLE akan menonjolkan website anda. Semakin anda mahir kaedah setting yang seterusnya maka semakin tinggi rankingnya di dalam Enjin Carian Google. Saya akan mendedahkan kepada anda didalam bab akan datang.

Ada beberapa perkara lagi yang anda perlu settingkan di dalam website ini bagi memastikan SISTEM GOOGLE akan mengindeks website anda di dalam sistem mereka. Bab akan datang saya akan tunjukkn cara untuk setting tambahan untuk WEBSITE WORDPRESS untuk MENAIKKAN RANKING WEBSITE anda bukan sekadar WUJUD sahaja. Ada beberapa langkah perlu dilakukan tapi saya akan mendedahkan satu daripadanya yang SANGAT PENTING juga.

Bagaimana Memastikan Website Anda Wujud Di Enjin Carian Google?

Seperti dijanjikan saya akan menunjukkan cara bagaimana anda boleh mengetahui samada website anda wujud atau tidak di Enjin Carian Google atau SEO. Sebenarnya semua ini adalah ASAS terutama bagi anda yang baru memiliki website. ILMU ini sangat penting supaya anda tidak tertipu dengan mereka yang membuat website tetapi tidak setting SEO. Lebih malang jika yang membuat website tidak tahu bagaimana untuk setting SEO maka rugilah anda mendapat sebuah website yang tiada di dalam Enjin Carian Google.

Jika Enjin Carian Google pun tiada apatah lagi enjin carian lain seperti Yahoo lagilah susah untuk dicari. Jadi dari situ anda boleh menilai samada website anda sudah disetting dengan SEO atau tidak. Jika website baru beri masa seminggu sebelum anda uji kewujudan website anda.

Caranya anda cuma perlu taipkan DOMAIN NAME website anda di Enjin Carian Google secara penuh termasuk jika ada com, net dll. Klik butang SEARCH. Jika tidak ada apa-apa maklumat bermakna website anda tidak wujud dalam ENJIN CARIAN GOOGLE. Jika banyak yang diindex maka bermakna website anda banyak terdapat di dalam sistem Enjin Carian Google.

Harap ia memberi manafaat untuk anda. Selepas ini saya akan memberi tip cara SETTING yang ASAS supaya memastikan website anda berada di dalam ENJIN CARIAN GOOGLE. Terdapat 2 jenis website secara ASASnya untuk anda tahu teknik SETTINGNYA NANTI.