BAGAIMANA SETTING SUPAYA WEBSITE WUJUD DI GOOGLE ?

Seperti dijanjikan, pada kali ini saya akan menunjukkan cara untuk setting supaya website anda benar-benar wujud di dalam Enjin Carian Google atau SEO. Jika tidak maka hakikatnya anda tidak memiliki sebuah website sebab website tersebut tidak boleh memberikan anda apa-apa fungsi sebab jika pelawat cari di Enjin Carian Google tidak bertemu apa-apa. Sebab tujuan sebuah website dibuat supaya orang boleh mendapat maklumat berkaitan perniagaan secara PERCUMA dan tanpa perlu anda berbuat apa-apa. Jimat masa, kos percetakan flyers dan pengiklanan berbayar.

Untuk Bab ini saya akan lebih kepada membuat setting berasaskan WORDPRESS sebabkan hampir kebanyakan pembuat website ketika ini menggunakan platform ini untuk membuat website dan cara untuk settingnya lebih mudah dan sesuai untuk sesiapa pun.

Walaupun ia agak mudah namun kebanyakan usahawan yang mempunyai website tidak menitikberatkan perkara ini. Mereka beranggapan perkara ini tidak penting, sedangkan tanpanya website anda TIADA NYAWA.

Apa yang anda perlu lakukan ialah:

LANGKAH 1
=========
Taip link akaun login website wordpress anda

LANGKAH 2
=========
Setelah masuk lihat menu disebelah kiri, dan cari perkataan SETTING. Klik perkataan tersebut. Kemudian klik GENERAL. Rujuk RAJAH 1. Gambar yang dilampirkan bersama post ini.

LANGKAH 3
=========
Sila masukkan Nama perniagaan anda pada TITLE. Masukkan penerangan ringkas PERNIAGAAN ANDA dibahagian TAGLINE

LANGKAH 4
=========
Pastikan 2 ruangan ini dimasukkan maklumatnya bagi memastikan Enjin Carian Google akan mula memproses data anda untuk dimasukkan di dalam SISTEM GOOGLE seterusnya akan muncul apabila ada yang mencari perniagaan yang berkaitan dengan apa-apa kategori yang diinginkan. Jika kategori tersebut adalah perniagaan anda maka dengan sendiri ia akan keluar. Cuma adakala di halaman terakhir, kadang halaman ke 10, jika betul setting tambahannya ia boleh pergi RANKING HALAMAN 1 dari puluhan ribu website kadang jutaan website! Apa yang penting website anda telah WUJUD di dalam INTERNET itu yang penting.

Jika betul cara setting dan keyword yang anda gunakan maka website anda bukan sekadar WUJUD malahan dengan hanya menaip perkataan tertentu, ENJIN CARIAN GOOGLE akan menonjolkan website anda. Semakin anda mahir kaedah setting yang seterusnya maka semakin tinggi rankingnya di dalam Enjin Carian Google. Saya akan mendedahkan kepada anda didalam bab akan datang.

Ada beberapa perkara lagi yang anda perlu settingkan di dalam website ini bagi memastikan SISTEM GOOGLE akan mengindeks website anda di dalam sistem mereka. Bab akan datang saya akan tunjukkn cara untuk setting tambahan untuk WEBSITE WORDPRESS untuk MENAIKKAN RANKING WEBSITE anda bukan sekadar WUJUD sahaja. Ada beberapa langkah perlu dilakukan tapi saya akan mendedahkan satu daripadanya yang SANGAT PENTING juga.