Jika dilihat dari rajah statistik diatas kita boleh rangkumkan, jumlah penggunaan smartphone seluruh Malaysai setakat Januari 2020. Sekarang dah Julai 2021. Potensi pengguna internet di Malaysia sahaja sebanyak 26.69 juta . Pengguna aktif di media sosial pula ialah sebanyak 26 juta. Jika dilihat di sini jika diibaratkan satu gedung perniagaan yang dibuka 24 jam sehari, sebanyak 26 juta pelanggan yang sentiasa berlegar di gedung tersebut. Terserah kepada anda untuk menyewa sudut perniagaan anda di situ.
Itulah gambaran potensi yang boleh anda dapati dari potemsi perniagaan internat ini. Jika anda benar-benar ingin menjana pendapatan inilah masanya yang sangat luas potensinya. 26 juta pengguna menanti promosi anda untuk mereka membeli produk anda!
Bagaimana Caranya?
Untuk memastikan kejayaan anda ini, ada beberapa langkah yang perlu anda buat untuk persediaan memulakan langkah bijak anda. Dengan persediaan yang betul sahaja barulah anda boleh berjaya membina perniagaan anda. Anda perlu memiliki Pakej Asas Lengkap Perniagaan Internet untuk memastikan anda melengkapkan bekalan untuk memulakannya. Di sini saya ringkaskan secara asas untuk anda memulakan langkah ini.
Pertama: Mempunyai Website Sendiri:
Perlu ada kedai online anda. Jika menjual barang kena ada ecommerce website. Jika service dan syarikat trading perlu ada website maklumat berkaitan perniagaan anda. Tidak kira samada anda mengupah orang atau membuatnya sendiri.
Kedua: Menentukan Perniagaan Yang Bagaimana..
Tentukan jenis perniagaan yang anda ingin buat. Yang terbaik buatlah apa yang anda minat dan suka sebab biasanya dengan cara ini, anda akan membuatnya dengan sepenuh hati. Dan biasanya orang yang membuat atas kesukaannya akan menjadi Pakar dibidang tersebut cara tidak langsung. Sebab dia akan sentiasa explore ilmu baru berkaitan minatnya itu. Dan akhirnya sangat mahir dibidang yang dia minati itu.
Ketiga: Sabar Dengan Cabaran..
Inilah kelebihan jika membuat kerja atas minat anda. Sebab apa pun terjadi anda tetap akan meneruskannya sebab ia adalah minat anda. Macam hobi. Sanggup keluarkan berapa banyak wang untuk memenuhi kepuasan diatas minat anda itu. Bayangkan jika ianya adalah perniagaan! Sudah tentu ia pasti akan membuatkan kejayaan satu hari nanti sebab ia perkara yang anda suka walaupun tidak mendapat apa-apa kejayaan.
Keempat: Mitos Kejayaan Drastik
Ini antara masalah yang pasti akan terjadi. Berniaga sahaja terus nak kaya cepat macam orang lain. Kena ingat berapa lama mereka sudah berniaga. Kita baru berniaga satu hari dah giveup. Kena sanggup hadapi cabaran. Kegagalan adalah perkara biasa. Jika anda buat atas minat, ia tidak akan menjadi masalah.
Kelima: Kenapa Gagal?
Gagal kerana anda membuat kerja ikut-ikutan semata-mata. Tengok orang buat berjaya, anda pun nak buat juga. Ia sebenarnya bukan sekadar berniaga, anda perlu ada ilmu berkaitan perniagaan anda. Jika makanan pastikan makanan anda sedap, bagi kawan-kawan merasa dahulu dan menilai kesedapan makanan anda. Kita biasa mendengar cerita asal mula buat di rumah, kemudian kawan-kawan membeli. Sebab sedap kawan-kawan mensyorkan kepada orang lain untuk mencuba dan kahirnya ia membesar dan berjaya. Pastikan yang terbaik sahaja anda berikan. Dan jangan turunkan kualiti setelah ramai yang mula membeli. Ini akan menjatuhkan perniagaan nanti. Promosi juga penting, belajar berkiatan promosi ini. Sekarang ini banyak medium murah dan percuma untuk promosi perniagaan anda.
Keenam: Membuat R & D:
Dalam bahasa mudah. Buat Kajian diatas produk anda. Seperti meningkatkan tahap lama makanan jika sejuk beku, menambahkan jenis perasa, melihat trend semasa sekiranya fesyen dan sebagainya. Sentiasa ikuti perkembangan semasa. Ini semua akan membantu anda mengekalkan jualan yang sentiasa menaik. Termasuk R & D untuk kerja promosi anda. Ia juga penting untuk memastikan produk anda dimata pengguna sentiasa.
Ketujuh: Post Mortem
Ini juga penting pastikan sentiasa membuat kajian samada yang positif mahupun negatif. Contoh positif, mana produk yang terlaris akan ditambahkan stok berbanding yang lain. Mana stok yang paling laris di satu tempat banyakkan produk tersebut. Kenapa produk tersebut laris? Dapatkan maklumat dari pengguna, dari situ kita akan cuba menambahkan perisa lain contoh untuk menambahkan lagi keuntungan jualan.
Contoh negatif, jika tidak laku atau kurang sambutan, buat kajian kenapa terjadi perkara tersebut. Buat kajian untuk atasi. Contoh produk tak tahan lama. Buat kajian untuk memastikan produk tersebut boleh tahan lama. Jika mahal, bagaiman untuk mengurangkan kos seterusnya menurunkan harga tapi tetap untung.
Kelapan: Kena Ada Sifu
Apa pun mesti ada guru yang mengajar. Maksudnya perlu ada ilmu. Disamping explore diinternet, perlu juga berguru. Pastikan guru anda seorang yang telah berjaya. Tidak semestikan berguru dengan pakej yang mahal. Berkawan dengan mereka yang berjaya juga satu cara terbaik. Kerajaan biasa menganjurkan seminar dan expo yang melibatkan ramai usahawan berjaya. Merendahkan diri dan berkawan dengan mereka sambil bertanyakan bagaimana mereka boleh berjaya. Ini semua akan membantu anda terutama apabila anda di dalam kegagalan. Mereka akan memberi anda semangat dan panduan yang tidak ternilai harganya sebab ia adalah PENGALAMAN mereka yang berjaya setelah banyak kali gagal. Ia adalah shortcut step untuk membantu anda cepat berjaya. Tidak perlu lalui ranjau kegagalan tersebut dengan mengikuti panduan yang diberikan.
Secara kasar inilah antara intipati langkah kejayaan yang boleh anda ikuti. Setiap langkah itu perlu didetailkan dan diikuti langkah demi langkah. Insyallah saya akan cuba detailkan setiap langkah ini dari masa ke semasa untuk panduan anda. Sentiasa ikuti blog saya dan bookmark untuk mendapatkan tip terkini.