Bina Salespage Affiliate Sistem Dengan Harga Mampu Milik!

Ini contoh SALESPAGE AFFILIATE. Ia seperti website affiliate tetapi lebih kepada menggunakan ID untuk menukar no telefon untuk dihubungi terutama whatsapp. Supaya apabila buat promosi, agen akan mendapat respon pertanyaan dari bakal-bakal pelanggannya yang berminat.

Di dalam masa yang sama pihak HQ mendapat data setiap promosi yang dibuat oleh agen. Agen juga boleh melihat statistik laporan hasil promosinya juga. Kelebihan sistem ini ialah 1 Salespage tetapi boleh digunakan oleh beratus agen anda tanpa perlu membuat salespage untuk setiap seorang.

Cara tidak langsung ia membantu agen-agen membuat kerja promosi lebih selesa dan tanpa perlu mengeluarkan modal tambahan untuk alat promosinya.

CIRI-CIRI SISTEM:

1.  Mempunyai halaman pendaftaran agen. Setelah membuat pendaftaran terutama no telefon yang link ke whatsapp maka kerja pendaftaran selesai. Link pendaftaran agen ini adalah khas. Biasa tidak dipaparkan kepada umum.

2.    Biasa link boleh didapati di Menu Utama Halaman website. Adakala ditulis Affiliate. Kebiasaannya ditulis dengan nama LOGIN.

3.    Masukkan id affiliate atau username dan password yang anda telah cipta. Di dalam sistem ini semua data boleg dilihat hasil kerja anda.

4.    Anda boleh melihat detail segala maklumat promosi anda. Berapa orang yang telah membeli dan berapa komisyen anda sebagai agen. Jadi ia bukan sekadar agen mendapat kemudahan untuk menggunakan website untuk promosi malahan segala maklumat promosi secara detail akan diperolehi.

Untuk HQ juga mempunyai halaman loginnya yang lebih lengkap dengan senarai pembelian dari pelanggan beserta ID penjual yang telah berjaya membuat jualan. Senarai agen aktif. Senarai jualan terbanyak dan banyak lagi.

Semua sistem ini adalah PERCUMA. Bagi pihak HQ tidak perlu membayar apa-apa yuran bulanan. Cuma bayar kos Domain name + Hosting bagi salespage ini sahaja setahun sekali. Ia kebih mudah dan murah untuk kegunaan anda terutama jika masih bermula dengan sistem ini.

Dapatkan sekarang Salespage Affiliate ID Whatsapp ini, berbaloi untuk starter perniagaan anda. Kami menyediakan sekali bersama pakej WEBDESIGN. Dengan coding yang terbaru akan mempercepatkan loading walaupun gambar HD dan pelbagai features yang ada padanya.  Contoh boleh dilihat di sini. https://lgpuricareofficial.com

Sekiranya anda berminat untuk memiliki Salespage Affiliate jenis ini boleh mampu milik boleh klik dihalaman dibawah:

https://ampowermalaysia.com/promowebpro/

Klik ke halaman ini untuk mendapatkan diskaun 70%. Pilih Pakej Salespage Affiliate dengan harga RM999. harga biasa memang mahal. Sebarang masalah boleh sila whatsapp kami.

 

 

Panduan Setting Keyword Supaya Wujud Di Google Search Engine

Pada bab kali ini saya akan detailkan dari bab lepas yaitu cara memastikan website anda wujud di dalam Google Carian. Sebelum ini saya memperkatakannya secara umum. Untuk memahamkan anda lagi maka di sini saya cuba kupas lebih lanjut berkaitan bab ini.

Jika anda melihat rajah diatas saya ada letakkan perkataan KEYWORDS ANDA. Jika di dalam wordpress ia adalah TAGLINE kepada keywords anda. Kebiasaaannya kebanyakan pengguna yang ingin membina keywords saya akan bertanya kepadanya apakah HOT ITEM dia. Dari situ barulah kita cipta KEYWORDS untuk websitenya.  Masukkan hot item keywords tadi ke Tagline bagi wordpress tadi. Untuk faham saya ada tunjukkan di dalam bab sebelum ini. Klik di sini.

Contoh di dalam rajah di atas, Perniagaan Fazlan memberi khidmat utamanya yaitu sewaan Roro dan Skylift di Melaka. Jadi kita akan letakkan tagline dia di dalam ayat tersebut. Ia juga boleh digunakan untuk Title bagi Youtube, Facebook dll. Gunakan tagline ini sebagai Keywords untuk menaikkan ranking anda di dalam Google Carian.  Jadi apabila pelawat mencari di Google syarikat yang memberi khidmat sewaan Roro di Melaka maka syarikat anda akan berada di ranking teratas dari syarikat lain.

Nota: Keywords yang banyak persaingan contoh Jutawan, Duit, Insuran dll perlu tambahan backup system untuk berlawan ranking di Google Carian. Nanti saya akan sambung di dalam bab berikutnya.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat. Terima kasih.

BAGAIMANA SETTING SUPAYA WEBSITE WUJUD DI GOOGLE ?

Seperti dijanjikan, pada kali ini saya akan menunjukkan cara untuk setting supaya website anda benar-benar wujud di dalam Enjin Carian Google atau SEO. Jika tidak maka hakikatnya anda tidak memiliki sebuah website sebab website tersebut tidak boleh memberikan anda apa-apa fungsi sebab jika pelawat cari di Enjin Carian Google tidak bertemu apa-apa. Sebab tujuan sebuah website dibuat supaya orang boleh mendapat maklumat berkaitan perniagaan secara PERCUMA dan tanpa perlu anda berbuat apa-apa. Jimat masa, kos percetakan flyers dan pengiklanan berbayar.

Untuk Bab ini saya akan lebih kepada membuat setting berasaskan WORDPRESS sebabkan hampir kebanyakan pembuat website ketika ini menggunakan platform ini untuk membuat website dan cara untuk settingnya lebih mudah dan sesuai untuk sesiapa pun.

Walaupun ia agak mudah namun kebanyakan usahawan yang mempunyai website tidak menitikberatkan perkara ini. Mereka beranggapan perkara ini tidak penting, sedangkan tanpanya website anda TIADA NYAWA.

Apa yang anda perlu lakukan ialah:

LANGKAH 1
=========
Taip link akaun login website wordpress anda

LANGKAH 2
=========
Setelah masuk lihat menu disebelah kiri, dan cari perkataan SETTING. Klik perkataan tersebut. Kemudian klik GENERAL. Rujuk RAJAH 1. Gambar yang dilampirkan bersama post ini.

LANGKAH 3
=========
Sila masukkan Nama perniagaan anda pada TITLE. Masukkan penerangan ringkas PERNIAGAAN ANDA dibahagian TAGLINE

LANGKAH 4
=========
Pastikan 2 ruangan ini dimasukkan maklumatnya bagi memastikan Enjin Carian Google akan mula memproses data anda untuk dimasukkan di dalam SISTEM GOOGLE seterusnya akan muncul apabila ada yang mencari perniagaan yang berkaitan dengan apa-apa kategori yang diinginkan. Jika kategori tersebut adalah perniagaan anda maka dengan sendiri ia akan keluar. Cuma adakala di halaman terakhir, kadang halaman ke 10, jika betul setting tambahannya ia boleh pergi RANKING HALAMAN 1 dari puluhan ribu website kadang jutaan website! Apa yang penting website anda telah WUJUD di dalam INTERNET itu yang penting.

Jika betul cara setting dan keyword yang anda gunakan maka website anda bukan sekadar WUJUD malahan dengan hanya menaip perkataan tertentu, ENJIN CARIAN GOOGLE akan menonjolkan website anda. Semakin anda mahir kaedah setting yang seterusnya maka semakin tinggi rankingnya di dalam Enjin Carian Google. Saya akan mendedahkan kepada anda didalam bab akan datang.

Ada beberapa perkara lagi yang anda perlu settingkan di dalam website ini bagi memastikan SISTEM GOOGLE akan mengindeks website anda di dalam sistem mereka. Bab akan datang saya akan tunjukkn cara untuk setting tambahan untuk WEBSITE WORDPRESS untuk MENAIKKAN RANKING WEBSITE anda bukan sekadar WUJUD sahaja. Ada beberapa langkah perlu dilakukan tapi saya akan mendedahkan satu daripadanya yang SANGAT PENTING juga.

Bagaimana Memastikan Website Anda Wujud Di Enjin Carian Google?

Seperti dijanjikan saya akan menunjukkan cara bagaimana anda boleh mengetahui samada website anda wujud atau tidak di Enjin Carian Google atau SEO. Sebenarnya semua ini adalah ASAS terutama bagi anda yang baru memiliki website. ILMU ini sangat penting supaya anda tidak tertipu dengan mereka yang membuat website tetapi tidak setting SEO. Lebih malang jika yang membuat website tidak tahu bagaimana untuk setting SEO maka rugilah anda mendapat sebuah website yang tiada di dalam Enjin Carian Google.

Jika Enjin Carian Google pun tiada apatah lagi enjin carian lain seperti Yahoo lagilah susah untuk dicari. Jadi dari situ anda boleh menilai samada website anda sudah disetting dengan SEO atau tidak. Jika website baru beri masa seminggu sebelum anda uji kewujudan website anda.

Caranya anda cuma perlu taipkan DOMAIN NAME website anda di Enjin Carian Google secara penuh termasuk jika ada com, net dll. Klik butang SEARCH. Jika tidak ada apa-apa maklumat bermakna website anda tidak wujud dalam ENJIN CARIAN GOOGLE. Jika banyak yang diindex maka bermakna website anda banyak terdapat di dalam sistem Enjin Carian Google.

Harap ia memberi manafaat untuk anda. Selepas ini saya akan memberi tip cara SETTING yang ASAS supaya memastikan website anda berada di dalam ENJIN CARIAN GOOGLE. Terdapat 2 jenis website secara ASASnya untuk anda tahu teknik SETTINGNYA NANTI.

Perlukah Website Mesra Enjin Carian Google ?

Diantara perkara yang sangat penting didalam membina website yang baik ialah mesti MESRA ENJIN CARIAN GOOGLE atau SEO. Ia penentu HIDUP atau MATInya sesebuah website. Kenapa saya katakan begitu sebab bagaimana canggih dan cantiknya website anda jika tidak Mesra Carian Google bererti tiada maknanya website itu jika dionlinekan!

Apa maksud Mesra Enjin Carian Google? Website tersebut mestilah berada di dalam sistem data Enjin Carian Google untuk memastikan apabila ada orang yang membuat carian maka website anda akan keluar. Jika tidak keluar maka MALANGLAH website tersebut kerana hakikatnya tiada orang yang tahu akan kewujudannya.Saya pernah bertemu dengan seorang usahawan yang mempunyai sebuah website canggih. Malangnya bila dibuat carian di Google, nama website tersebut tidak keluar. Ia mengejutkan saya sebab website tersebut memang canggih tapi tiada di dalam Google Carian. Jadi sia-sia membuat website jika tiada orang mengetahui akan kewujudannya.

Sebenarnya ada satu teknik yang boleh digunakan untuk memastikan website anda wujud di dalam sistem carian Google. Teknik ASAS ini wajib ada di dalam sebuah website. Dalam topik berikutnya nanti saya akan ajarkan teknik ini terutama mereka yang berminat untuk membuat website dan masih baru didalam bidang ini. Saya juga alami perkara yang sama sewaktu mula menceburi bidang ini.

Carian Google adalah asas penting utuk memastikan wujudnya website kita di dalam masyarakat. Jika tidak walaupun cantik dan canggih macamana pun website anda, hakikatnya ia tidak berfungsi apa-apa. Anda terpaksa sentiasa mengiklankan sendiri nama website anda kepada umum berbanding jika anda mempunyai website yang MESRA ENJIN CARIAN GOOGLE, ia akan mempromosikan website anda 24 jam sehari PERCUMA!

Nanti saya akan ajar cara untuk mengetahui samada website anda WUJUD atau tidak di dalam ENJIN CARIAN GOOGLE.
Sumber: https://blognizam.com