Membuat Website Pro Dengan Teknik Tanpa Memerlukan Kemahiran Coding

Sempena hari lahir saya dan selama 16 tahun terlibat dengan membuat website dari zero hingga boleh membuat pelbagai jenis website, maka saya akan memfokuskan untuk tahun-tahun mendatang membantu lebih ramai yang boleh membuat website yang mampu menjual dan menjana pendapatan dengannya sebagai tanda terima kasih kepada semua yang pernah membina website melalui saya . Sebelum ini saya pernah membuat kursus ini tetapi lebih kepada membuat website semata-mata.

Untuk fasa ke 2 kursus membuat website kali ini saya bukan sekadar memfokuskan bagaimana untuk membuat website malahan mengajar cara untuk menjana pendapatan melaluinya. Teknik website menjual atau salespage akan menjadi fokus utama selepas anda berjaya membuat website anda sendiri.

Teknik ini sangat perlu untuk memastikan momentum kejayaan anda menjadi kenyataan. Jika tidak anda sekadar membuat website kemudian akhirnya anda kecewa dan seterusnya berhenti di dalam bidang masa depan yang sangat hebat ini. Dunia semakin maju. Website akan menjadi satu MEDIUM KERJAYA MASA DEPAN ynag utama. Samada anda sedar atau tidak kebanyakan syarikat akan memilih calon pekerja yang bukan sekadar memiliki ijazah tetapi jika mempunyai pengalaman dibidang IT terutama membuat website akan menjadi pilihan UTAMA.

Dengan pelbagai pengalaman selama 16 tahun kami akan membantu anda atau anak-anak anda yang sedang membina kerjaya untuk mempunyai kemahiran yang sangat didambakan oleh setiap majikan di luar sana. Kerana setiap syarikat kini akan memerlukan website untuk menjadi sebahagian maklumat penting yang perlu dibekalkan kepada bakal-bakal pelanggan dan pembeli produk mereka. Staf yang mempunyai ilmu dibidang ini akan menjadi pilihan terbaik.

Teknik yang anda pelajari ini bukan berkaitan dengan semua kaedah yang ada dipasaran seperti wp, canva dan banyak lagi yang mempunyai  masalah mendatang jika anda menggunakannya. Setelah anda menguasai kaedah ini semua kaedah tadi mampu anda kuasai dengan sendirinya !

Dapatkan video tutorial kami ini dengan pelbagai latihan yang akan memudahkan anda menguasai teknik membuat website ini. Kami bukan ajar cara membuat website biasa, tetapi website yang sempurna design dan ia mesra SEO. Jadi jangan lepaskan peluang ini, harganya akan sentiasa naik sebab harga sebenarnya ialah RM350. Harga yang kami berikan ini adalah untuk pembeli TERAWAL untuk versi SALES WEBSITE. Bukan sekadar belajar membuat website tetapi cara bagaimana website ini menjana pendapatan buat anda selepas ianya telah dilancarkan.

Link untuk mendapat harga tawaran: https://amwebcourses.com/

Selamat Tahun Baru Dengan Azam & Strategi Baru

Memulakan cabaran tahun baru dengan strategi yang lebih agresif untuk hadapi pelbagai cabaran global yang melibatkan tahap kemampuan masyarakat dan desakan kehidupan yang makin meningkat sara hidupnya.

Sebenarnya melalui platform digital ini pelbagai peluang telah terbentang luas tidak kira di mana tahap anda berada, founder, marketer mahupun yang tidak mempunyai apa-apa kemahiran. Apa yang perlu gunakan kuasa HP ditangan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sesuai dengan zaman yang semakin pantas bergerak kehadapan. Seperti teknologi AI yang boleh dkuasai bagi yang rajin dan ingin merubah kehidupan.

Kami juga sedang cuba menguasai teknologi AI ini supaya kita tidak ketinggalan di dalam industri IT ini. AI kini sudah menjadi sebahagian dari kemahiran yang boleh membantu kita diera ini. Semoga kita semua akan sukses dengan azam baru ini..Aminn

Ampower Malaysia Kini Telah 15 Tahun di Pasaran

Bermula dari tahun 2008, dengan jenama Ampower2u kemudian ditambah dengan jenama tambahan diatas nama Ampower Malaysia kini telah berada di pasaran selama 15 tahun. Semuanya atas sokongan dan keyakinan anda kepada kami. Walaupun ada kelemahan dan kekurangan di dalam kami berurusan dengan anda, namun anda tetap menyokong kami. Itu adalah hadiah terbesar anda kepada kami.

Dari masa ke semasa kami terus meningkatkan service dengan sentiasa membuat R & D dan post mortem setiap kerja dan khidmat yang kami berikan supaya memberikan kepuasan yang terbaik untuk anda. Semoga anda akan terus bersama untuk kami bantu meningkatkan pemasaran perniagaan anda melalui ONLINE.

Terima kasih.

Penyelesaian Untuk Masalah Kewangan Ketika Musim Covid 19

 

Masalah semasa yang berlarutan menjadikan ramai orang yang tidak mempunyai simpanan yang cukup, menjadikan tekanan yang sangat teruk kepada mereka. Jika dahulu masalah tidak mempunyai pekerjaan, tapi kini yang menjadi masalah bukan sahaja tidak mempunyai pekerjaan malahan yang mempunyai perniagaan yang stabil juga tergugat juga. Bayangkan jika setiap hari jika kedai dibuka boleh menjana pendapatan yang mewah, kini diatas masalah semasa, covid 19 telah menyebabkan kita tidak boleh berniaga seperti biasa. Perniagaan dan syarikat yang beroperasi dengan mempunyai keuntungan yang stabil juga menghadapi masalah. Bukan kerana perniagaan rugi tetapi perniagaan tidak boleh beroperasi seperti biasa. Ini satu perkara yang sangat menyakitkan.

Baik anda usahawan yang hebat atau yang gagal, di musim ni semuanya sama. Perbezaannya jika anda ada menyimpan wang, tidak mempunyai hutang yang banyak dan kos operasi yang kecil. Jika anda biasa hidup mewah tanpa simpanan ketika ini, ia menjadi satu mimpi ngeri. Kalau biasa susah kini sudah menjadi bertambah payah. Jika tidak susah sangat tetapi tetap perlu mengikat perut atau mengekang perbelanjaan mewah seperti dahulu.

Apakah Jalan Penyelesaiannya?

Sudah tiba masanya perniagaan yang ada mempunyai nilai konsep yang minimum kos, minimum penyewaan, minimum pekerja dan banyak lagi perkara yang perlu diminimumkan terutama perniagaan bermodal kecil. Persoalannya bagaimana caranya? Jawapannya ialah PERNIAGAAN ONLINE. Hanya ini sahaja yang boleh membantu anda di dalam keadaan sekarang. Tidak kira apa bidang dan kemahiran anda, jika anda mempunyai perniagaan yang memasarkannya berasaskan online, anda boleh survive di dalam keadaan bagaimana pun.

Kenapa Perniagaan Online?

Perniagaan online boleh diserapkan kepada semua jenis perniagaan tidak kira kontraktor, agen insuran, petani dan siapa sahaja anda, perniagaan online adalah medium terbaik untuk mengekal dan meningkatkan status perniagaan anda. Sebab pasaran terbesar masakini ialah berbentuk online.

Apa Yang Dperlukan?

Perniagaan berasaskan online tidak memerlukan banyak kos. Apa yang anda pasaran, apa yang anda buat, apa yang anda mahir kini anda boleh pasarkan walaupun di dalam keadaan Covie 19. Apa yang diperlukan ialah  line internet, laptop dan kemahiran untuk membuat website untuk mula memperkenalkan perniagaan anda samada untuk pasaran tempatan mahupun peringkat negara dan antarabangsa! Sangat minimum kos yang diperlukan.

Apa Yang Nak Jual DiPasaran?

Bagi mereka yang ada perniagaan hanya perlu membina website untuk mula menggunakannya sebagai medium perniagaan anda. bagi yang tiada perniagaan tetapi mempunyai kemahiran, anda boleh memasarkan kemahiran anda. Contoh Chef atau mempunyai kemahiran memasak, anda boleh memasak makanan sejuk beku untuk dipasarkan. Jika banyak mengajar boleh membuat kelas online.  Perniagan sepeti perabot, nursey dan sebagainya boelh dipasarkan secara online. Jadi tidak timbul perniagaan anda terhad pasarannya. Medium yang sangat besar dari pengguna smartphone yang berjuta ramainya menantikan anda.

Perlu Kemahiran Membuat Website?

Ya memang perlu ada kemahiran membuat website.  Cuma cabarannya bagaimana untuk membuatnya? Jika mengupah orang harganya sangat mahal. Bagi syarikat yang besar mungkin tiada masalah. Bagi syarikat kecil bolehlah mengupah pekerja yang ada untuk belajar membuat website ini. Kami menyediakan anda satu peluang untuk belajar membuat website dengan cara yang paling mudah, murah dan praktikal. Boleh digunakan selamanya. Jika teknologi semakin maju, anda juga dapat mengikutinya dengan kaedah ini. Kita tidak bergantung kepada software & kemahiran tetapi kami membantu anda cara yang betul membuat website. Kelebihannya ialah bahan-bahan yang kami sediakan menjadikan kerja anda semakin mudah. Dengan pengalaman melebihi 12 tahun banyak membantu kami memahami masalah berkaitan website ini.

Jika anda mendapatkan produk kami ini, kami akan memastikan anda betul-betul mampu membuat website dengan mudah dan cepat. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Dan kami sertakan pakej tambahan untuk memastikan sistem pasaran anda betul-betul berjaya dengan menggunakan medium Facebook, Youtube dan Instagram. Medium yang percuma, jika perlu kos pun minimum kosnya tetapi boleh memberikan anda pasaran yang sangat luas.

Dapatkan sekarang dengan harga tawaran yang istimewa & kami pastikan anda berjaya bukan sekadar membuat website tetapi memasarkan perniagaan anda juga!

Klik Disini: Bina Kerjaya Sebagai Usahawan Website

Database Ahli Secara Online Untuk Persatuan & Pertubuhan Harga Berpatutan

Dapatkan pelbagai jenis database website yang memudahkan untuk ahli atau cawangan melihat maklumat ahli seterusnya mengemaskininya secara online. Ahli-ahli juga memeriksa data masing-masing samada yuran yang telah dibayar telh diteriam dan dikemaskinikan oleh pihak pengurusan persatuan atau pertubuhan.

Database secara online yang dibangunkan oleh Ampower Malaysia adalah pakej yang sesuai untuk mana-mana persatuan atau pertubuhan yang berskala kecil mahupun besar. Kami menawarkan pakej termasuk website yang profesional dengan design terkini bagi memastikan persatuan datau pertubuhan anda dapat meningkatkan imej dan keyakinan ahli-ahli kepada pihak pengurusan yang telah dilantik. Hubungi kami untuk keterangan lanjut. Layari website: https://ampowermalaysia.com