Selamat Tahun Baru & Azam Baru Ampower Malaysia

Sesuai dengan azam baru Tahun 2025, kami mengorak langkah untuk memastikan Kursus Membuat Website DIY dipromosikan dengan lebih giat. Kami ingin memberi peluang lebih ramai mereka yang ingin meningkatkan sara hidup dan usahawan khususnya yang berhadapan dengan situasi perniagaan yang penuh cabaran global masakini mampu bertahan dan terus menghasilkan keuntungan di dalam perniagaan dengan adanya satu strategi yang ramai tidak perasan yaitu WEBSITE.

Website sebenarnya adalah satu strategi perniagaan yang sangat penting dialaf baru ini. Dengan persaingan perniagaan dan cabaran harga yang semakin naik untuk sara hidup yang tinggi, ia memang situasi yang mencabar. Dengan adanya website ia akan membantu anda memasarkan produk bukan sahaja dengan kos rendah malahan banyak faktor-faktor penting untuk berjaya di dalam perniagaan yang memerlukan kos yang bukan sedikit dapat di kurangkan untuk terus survive. Contoh sewa di tempat yang strategik memang harganya mahal. Bagaimana nak sewa di tempat yang tidak strategik, sewa murah tetapi ramai orang boleh datang?

Jawapannya adakah kedai online yaitu WEBSITE. Gunakan media sosial untuk menarik pelanggan datang ke tempat kita. WEBSITE akan terus mengekalkan pelanggan untuk terus datang apabila WEBSITE dijadikan sebagai Kedai yang sentiasa didatangi dengan maklumat tawaran harga, diskaun dan sebagainya. Walaupun tidak ada lagi di media sosial sebab sudah tidak buat promosi, mereka tetap akan datang sebab sudah mengetahui nama perniagaan anda. Jika hilang maklumatnya boleh cari di Google untuk mendapatkan kembali maklumat lokasi. Jika berpindah pun tetap dapat dicari sebab mereka akan mencari di Google.

Kami ada menyediakan berbagai maklumat berkiatan WEBSITE secara percuma untuk panduan anda dapatkan di Facebook kami. Klik di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *