Coretan Pengalaman Yang Tak Dapat Dilupakan

 

Satu masa dahulu pengiklanan melalui media sosial belum ada lagi dan handphone baru sedang bermula. Jika ada pun belum berapa popular. Sekitar tahun 1990 an. Waktu itu antara medium pengiklanan yang popular ialah melalui iklan diakhbar. Dengan hanya iklan sebesar kotak mancis atau dengan beberapa baris perkataan tertentu mampu menarik ramai orang untuk membeli dan menjana pendapatan bagi pengiklan tersebut. Ada yang sampai boleh beli rumah di Shah Alam waktu tu hasil menjual melalui iklan diakhbar.

Saya salah seorang darinya. Mulanya tidak percaya tetapi selepas menggunakan iklan akhbar ini saya mampu menjana pendapatan 4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah, memang menarik dan mampu menjana pendapatan.

Saya menulis ini kerana teringat satu peristiwa yang berlaku ketika mula menceburi pengiklanan melalui akhbar ini. Waktu itu saya masih baru lagi dan masih sedang belajar. Satu ketika ada seorang pelanggan beria-ia seolah-olah ingin membeli produk yang saya iklankan. Saya terpaksa menelefonnya untuk menyakinkannya. Apa yang terjadi dia seolah-olah mempermainkan saya dengan soalan yang tidak perlu. Bayangkan waktu pengunaan telefon adalah tinggi cajnya berbanding sekarang hanya FREE menggunakan whatsapp. Akhirnya saya faham dia sebenarnya bukan nak membeli tapi sekadar mempermainkan saya. Saya faham biasalah itu cabaran terutama kita yang masih baru di dalam kerjaya ini.

Selang 2 tahun dia pula menghubungi saya. Saya agak terkejut sebab ini adalah nombor yang pernah mempermainkan saya dahulu. Tahu apa yang dia minta. Dia tahu saya ada mengumpulkan nama & alamat yang saya perolehi dari iklan akhbar selama beberapa tahun beratus nama dan alamat. Dia mahu membelinya. Kali ini saya pula kenakan dia. Saya kata kalau mahu nama-nama ini kena bayar RM1.00 satu nama. Saya terkejut dia bersetuju dan membayar sebanyak RM3xx untuk nama-nama ini. Alhamdulillah rupanya hasil kita bersabar akhirnya kita dapat balik hasilnya kemudian. Waktu itu RM3xx besar nilainya.

Inilah peristiwa yang berlaku baru-baru ini, saya membuat iklan di Facebook dan mendapat sejumlah prospek cuma mungkin setting yang saya guna tidak berapa tepat maka prospek yang diperolehi jenis yang kurang kemahuannya tetapi yang menariknya ada yang memberi saya keyakinan untuk membeli kepada saya dari hari ke hari. Jika dia sekadar mempermainkan saya, tidak apa satu hari nanti Allah akan menunjukkan kuasaNya seperti mana yang berlaku sebelum ini. Jadi mereka yang diluar sana jangan kita seronok mempermainkan mereka yang sedang mencari rezeki melalui media sosial ini dengan memberikan mereka harapan yang tidak pasti. Jika tidak mahu abaikan atau katakan tidak mahu jangan mempermainkan mereka..Selamat berpuasa.