Pada bab kali ini saya akan detailkan dari bab lepas yaitu cara memastikan website anda wujud di dalam Google Carian. Sebelum ini saya memperkatakannya secara umum. Untuk memahamkan anda lagi maka di sini saya cuba kupas lebih lanjut berkaitan bab ini.
Jika anda melihat rajah diatas saya ada letakkan perkataan KEYWORDS ANDA. Jika di dalam wordpress ia adalah TAGLINE kepada keywords anda. Kebiasaaannya kebanyakan pengguna yang ingin membina keywords saya akan bertanya kepadanya apakah HOT ITEM dia. Dari situ barulah kita cipta KEYWORDS untuk websitenya. Masukkan hot item keywords tadi ke Tagline bagi wordpress tadi. Untuk faham saya ada tunjukkan di dalam bab sebelum ini. Klik di sini.
Contoh di dalam rajah di atas, Perniagaan Fazlan memberi khidmat utamanya yaitu sewaan Roro dan Skylift di Melaka. Jadi kita akan letakkan tagline dia di dalam ayat tersebut. Ia juga boleh digunakan untuk Title bagi Youtube, Facebook dll. Gunakan tagline ini sebagai Keywords untuk menaikkan ranking anda di dalam Google Carian. Jadi apabila pelawat mencari di Google syarikat yang memberi khidmat sewaan Roro di Melaka maka syarikat anda akan berada di ranking teratas dari syarikat lain.
Nota: Keywords yang banyak persaingan contoh Jutawan, Duit, Insuran dll perlu tambahan backup system untuk berlawan ranking di Google Carian. Nanti saya akan sambung di dalam bab berikutnya.
Semoga perkongsian ini memberi manafaat. Terima kasih.