Seperti dijanjikan saya akan menunjukkan cara bagaimana anda boleh mengetahui samada website anda wujud atau tidak di Enjin Carian Google atau SEO. Sebenarnya semua ini adalah ASAS terutama bagi anda yang baru memiliki website. ILMU ini sangat penting supaya anda tidak tertipu dengan mereka yang membuat website tetapi tidak setting SEO. Lebih malang jika yang membuat website tidak tahu bagaimana untuk setting SEO maka rugilah anda mendapat sebuah website yang tiada di dalam Enjin Carian Google.
Jika Enjin Carian Google pun tiada apatah lagi enjin carian lain seperti Yahoo lagilah susah untuk dicari. Jadi dari situ anda boleh menilai samada website anda sudah disetting dengan SEO atau tidak. Jika website baru beri masa seminggu sebelum anda uji kewujudan website anda.
Caranya anda cuma perlu taipkan DOMAIN NAME website anda di Enjin Carian Google secara penuh termasuk jika ada com, net dll. Klik butang SEARCH. Jika tidak ada apa-apa maklumat bermakna website anda tidak wujud dalam ENJIN CARIAN GOOGLE. Jika banyak yang diindex maka bermakna website anda banyak terdapat di dalam sistem Enjin Carian Google.
Harap ia memberi manafaat untuk anda. Selepas ini saya akan memberi tip cara SETTING yang ASAS supaya memastikan website anda berada di dalam ENJIN CARIAN GOOGLE. Terdapat 2 jenis website secara ASASnya untuk anda tahu teknik SETTINGNYA NANTI.