Coretan Pengalaman Yang Tak Dapat Dilupakan

 

Satu masa dahulu pengiklanan melalui media sosial belum ada lagi dan handphone baru sedang bermula. Jika ada pun belum berapa popular. Sekitar tahun 1990 an. Waktu itu antara medium pengiklanan yang popular ialah melalui iklan diakhbar. Dengan hanya iklan sebesar kotak mancis atau dengan beberapa baris perkataan tertentu mampu menarik ramai orang untuk membeli dan menjana pendapatan bagi pengiklan tersebut. Ada yang sampai boleh beli rumah di Shah Alam waktu tu hasil menjual melalui iklan diakhbar.

Saya salah seorang darinya. Mulanya tidak percaya tetapi selepas menggunakan iklan akhbar ini saya mampu menjana pendapatan 4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah, memang menarik dan mampu menjana pendapatan.

Saya menulis ini kerana teringat satu peristiwa yang berlaku ketika mula menceburi pengiklanan melalui akhbar ini. Waktu itu saya masih baru lagi dan masih sedang belajar. Satu ketika ada seorang pelanggan beria-ia seolah-olah ingin membeli produk yang saya iklankan. Saya terpaksa menelefonnya untuk menyakinkannya. Apa yang terjadi dia seolah-olah mempermainkan saya dengan soalan yang tidak perlu. Bayangkan waktu pengunaan telefon adalah tinggi cajnya berbanding sekarang hanya FREE menggunakan whatsapp. Akhirnya saya faham dia sebenarnya bukan nak membeli tapi sekadar mempermainkan saya. Saya faham biasalah itu cabaran terutama kita yang masih baru di dalam kerjaya ini.

Selang 2 tahun dia pula menghubungi saya. Saya agak terkejut sebab ini adalah nombor yang pernah mempermainkan saya dahulu. Tahu apa yang dia minta. Dia tahu saya ada mengumpulkan nama & alamat yang saya perolehi dari iklan akhbar selama beberapa tahun beratus nama dan alamat. Dia mahu membelinya. Kali ini saya pula kenakan dia. Saya kata kalau mahu nama-nama ini kena bayar RM1.00 satu nama. Saya terkejut dia bersetuju dan membayar sebanyak RM3xx untuk nama-nama ini. Alhamdulillah rupanya hasil kita bersabar akhirnya kita dapat balik hasilnya kemudian. Waktu itu RM3xx besar nilainya.

Inilah peristiwa yang berlaku baru-baru ini, saya membuat iklan di Facebook dan mendapat sejumlah prospek cuma mungkin setting yang saya guna tidak berapa tepat maka prospek yang diperolehi jenis yang kurang kemahuannya tetapi yang menariknya ada yang memberi saya keyakinan untuk membeli kepada saya dari hari ke hari. Jika dia sekadar mempermainkan saya, tidak apa satu hari nanti Allah akan menunjukkan kuasaNya seperti mana yang berlaku sebelum ini. Jadi mereka yang diluar sana jangan kita seronok mempermainkan mereka yang sedang mencari rezeki melalui media sosial ini dengan memberikan mereka harapan yang tidak pasti. Jika tidak mahu abaikan atau katakan tidak mahu jangan mempermainkan mereka..Selamat berpuasa.

 

Panduan Setting Keyword Supaya Wujud Di Google Search Engine

Pada bab kali ini saya akan detailkan dari bab lepas yaitu cara memastikan website anda wujud di dalam Google Carian. Sebelum ini saya memperkatakannya secara umum. Untuk memahamkan anda lagi maka di sini saya cuba kupas lebih lanjut berkaitan bab ini.

Jika anda melihat rajah diatas saya ada letakkan perkataan KEYWORDS ANDA. Jika di dalam wordpress ia adalah TAGLINE kepada keywords anda. Kebiasaaannya kebanyakan pengguna yang ingin membina keywords saya akan bertanya kepadanya apakah HOT ITEM dia. Dari situ barulah kita cipta KEYWORDS untuk websitenya.  Masukkan hot item keywords tadi ke Tagline bagi wordpress tadi. Untuk faham saya ada tunjukkan di dalam bab sebelum ini. Klik di sini.

Contoh di dalam rajah di atas, Perniagaan Fazlan memberi khidmat utamanya yaitu sewaan Roro dan Skylift di Melaka. Jadi kita akan letakkan tagline dia di dalam ayat tersebut. Ia juga boleh digunakan untuk Title bagi Youtube, Facebook dll. Gunakan tagline ini sebagai Keywords untuk menaikkan ranking anda di dalam Google Carian.  Jadi apabila pelawat mencari di Google syarikat yang memberi khidmat sewaan Roro di Melaka maka syarikat anda akan berada di ranking teratas dari syarikat lain.

Nota: Keywords yang banyak persaingan contoh Jutawan, Duit, Insuran dll perlu tambahan backup system untuk berlawan ranking di Google Carian. Nanti saya akan sambung di dalam bab berikutnya.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat. Terima kasih.