Bagaimana Memastikan Website Anda Wujud Di Enjin Carian Google?

Seperti dijanjikan saya akan menunjukkan cara bagaimana anda boleh mengetahui samada website anda wujud atau tidak di Enjin Carian Google atau SEO. Sebenarnya semua ini adalah ASAS terutama bagi anda yang baru memiliki website. ILMU ini sangat penting supaya anda tidak tertipu dengan mereka yang membuat website tetapi tidak setting SEO. Lebih malang jika yang membuat website tidak tahu bagaimana untuk setting SEO maka rugilah anda mendapat sebuah website yang tiada di dalam Enjin Carian Google.

Jika Enjin Carian Google pun tiada apatah lagi enjin carian lain seperti Yahoo lagilah susah untuk dicari. Jadi dari situ anda boleh menilai samada website anda sudah disetting dengan SEO atau tidak. Jika website baru beri masa seminggu sebelum anda uji kewujudan website anda.

Caranya anda cuma perlu taipkan DOMAIN NAME website anda di Enjin Carian Google secara penuh termasuk jika ada com, net dll. Klik butang SEARCH. Jika tidak ada apa-apa maklumat bermakna website anda tidak wujud dalam ENJIN CARIAN GOOGLE. Jika banyak yang diindex maka bermakna website anda banyak terdapat di dalam sistem Enjin Carian Google.

Harap ia memberi manafaat untuk anda. Selepas ini saya akan memberi tip cara SETTING yang ASAS supaya memastikan website anda berada di dalam ENJIN CARIAN GOOGLE. Terdapat 2 jenis website secara ASASnya untuk anda tahu teknik SETTINGNYA NANTI.

Perlukah Website Mesra Enjin Carian Google ?

Diantara perkara yang sangat penting didalam membina website yang baik ialah mesti MESRA ENJIN CARIAN GOOGLE atau SEO. Ia penentu HIDUP atau MATInya sesebuah website. Kenapa saya katakan begitu sebab bagaimana canggih dan cantiknya website anda jika tidak Mesra Carian Google bererti tiada maknanya website itu jika dionlinekan!

Apa maksud Mesra Enjin Carian Google? Website tersebut mestilah berada di dalam sistem data Enjin Carian Google untuk memastikan apabila ada orang yang membuat carian maka website anda akan keluar. Jika tidak keluar maka MALANGLAH website tersebut kerana hakikatnya tiada orang yang tahu akan kewujudannya.Saya pernah bertemu dengan seorang usahawan yang mempunyai sebuah website canggih. Malangnya bila dibuat carian di Google, nama website tersebut tidak keluar. Ia mengejutkan saya sebab website tersebut memang canggih tapi tiada di dalam Google Carian. Jadi sia-sia membuat website jika tiada orang mengetahui akan kewujudannya.

Sebenarnya ada satu teknik yang boleh digunakan untuk memastikan website anda wujud di dalam sistem carian Google. Teknik ASAS ini wajib ada di dalam sebuah website. Dalam topik berikutnya nanti saya akan ajarkan teknik ini terutama mereka yang berminat untuk membuat website dan masih baru didalam bidang ini. Saya juga alami perkara yang sama sewaktu mula menceburi bidang ini.

Carian Google adalah asas penting utuk memastikan wujudnya website kita di dalam masyarakat. Jika tidak walaupun cantik dan canggih macamana pun website anda, hakikatnya ia tidak berfungsi apa-apa. Anda terpaksa sentiasa mengiklankan sendiri nama website anda kepada umum berbanding jika anda mempunyai website yang MESRA ENJIN CARIAN GOOGLE, ia akan mempromosikan website anda 24 jam sehari PERCUMA!

Nanti saya akan ajar cara untuk mengetahui samada website anda WUJUD atau tidak di dalam ENJIN CARIAN GOOGLE.
Sumber: https://blognizam.com